Subscribe to RSS feed

Sep 24, 2013

Servis Nabi


Sirah Nabi,
Gulungan masa, terbuka semula,
Sejarah dikarang semula,
Masa silam, dibawa ke depan.

Rahsia terbongkar,
Sedikit demi sedikit,
Pasukan hebat Nusantara,
Dari kehidupan sehingga dagangan,
Akan ditiupkan semula,
Semangat membara.

4 tahun berkuli,
Bersama dengan pakcik,
Menjaga kambing,
Memulakan dengan servis.



Sep 23, 2013

Sekian lamanya...


Sekian lamanya...
Menyepi, menyendiri,
Pautan hati akan kembali,
Menyinar.

Kalam baru, ilmu baru,
Raikan, kongsikan bersama,
Kupasan menarik, isi cantik,
Tidak lapuk dimakan zaman.

Sirah nabi,
Buat pedoman, buat panduan,
Kita teliti, kita amalkan,
Dekati sunnah, jauhi mungkar.