Subscribe to RSS feed

Feb 8, 2010

Urutan waktu

Tengok di kamar mandi,
sebaldi penuh, belum berbasuh,
"Bila nak mandi,ada jer baju tak basuh lagi"
sabun ada,berus ada,apa lagi,
"Sental jer la labu"

Wangi-wangi,baju round neck,seluar khakis,
sepatu coklat,Ferrari Malaysia,
kelajuan air-cond nombor 2,
terus menuju kota pentadbiran Malaysia.

Hentian pertama,
Bank Muamalat persint 15,
Okey cuma tidak boleh buat personal loan,
suam-suam sahaja perbincangan.

Hentian kedua,
Bannk CIMB, persint 2,
Okey cuma personal loan under private sector,
"TM bawah kategori swasta?"
Ape-ape aje
(cilok dialog Rancangan Ape-ape aje)

Hentian terakhir,
Bank Islam,Anjung Putrajaya,
memang okey, tapi "nanti gaji kena pindah ya"
"kami buat potongan melalui auto-debit"
Ape-ape aje

Selepas sore, ketemu tuan rumah,
sudah buat asprak dengannya,
untuk melihat keindahan rumah,
pelaburan jangka panjang,
moga dipermudahkan urusan,
Aminn.

nota kaki:persediaan untuk melangkah ke alam kehidupan baru...tidak lama lagi

0 komen anda:

Post a Comment