Subscribe to RSS feed

Feb 7, 2010

Kamar Malam

Sejuk,
kerlipan mata,gigilan tubuh,
urat-urat berirama,
sejuk mencengkam, angin menerpa seringai,
tanpa patah perkataan.

Kuda-kuda cuba dibangunkan,
langkah longlai,
"Ke mana kamu?"
suara persis buluh perindu,
suara yang menggamit suasana,
tangan yang menggoncang dunia,
ucapan untuk pahlawannya,
"Cuci muka,bu"

Cengkerik menyahut-nyahut,
titisan embun, menyerikan kamar malam,
"Bismilliahhirrahmannirrahim"
padukan hati,satukan jiwa dan jasad,
"Allahu akbar",
dua tangan diangkat,
1 kiblat,1 arah,1 tujuan,
untuk 1 tuhan.

nota kaki: bekerja seolah-olah kamu akan hidup selamanya,beribadat seolah-olah kamu mati esok harinya

0 komen anda:

Post a Comment