Subscribe to RSS feed

Feb 7, 2010

Hari Ini...

Hari ini,
seorang insan dilahirkan,
hari ini,
seorang insan meninggalkan dunia fana,
hari ini,
seorang insan dinaikkan,
hari ini,
seorang insan dijatuhkan.

Hari ini,
seorang insan memberi kasih sayang,
hari ini,
seorang insan menolong keluarganya,
hari ini,
seorang insan berprasangka,
hari ini,
seorang insan mendoakan kesejahteraan.

Hari ini,
"Aku mahu makan",
hari ini,
"tolong,aku kesakitan",
hari ini,
seorang insan kelaparan,
hari ini,
seorang insan cergas bangun mencari rezeki.

Hari ini,
seorang kapten baru bangun,
"Mana pi kunci motor ni (loghat Kedah)?"
hari ini,
seorang penyelidik minum teh,
"Engkau tu letak merata-rata"

Hari ini,
moga kebahagiaan dikecapi,
hari ini,
akan menanti hari itu.

nota kaki: seorang kapten dan seorang penyelidik..kredit untuk kamu berdua :)

0 komen anda:

Post a Comment