Subscribe to RSS feed

Aug 21, 2010

Senarai Hartanah

Kawan-kawan dijemput utk view listing terbaru....akan diupdate dari semasa ke semasa :)
http://hartanahmalaysia.webs.com/

Aug 1, 2010

Malam Menjelma

Kuharus akui,
Kejadian siang dan malam,
Hanyalah 1 daripada billion ciptaan,
Yang Maha Kuasa,
Yang tidak termampu ditandingi,
Oleh hambaNya.

Siapa mereka,
Memanggil sebuah kapal,
"Titanic unsinkable ship"
Kuasa Yang Maha Besar,
Menenggelamkannya.

Siapa mereka,
Menghantar kapal angkasa,
"The Challenger"
kepada siapa, mereka ingin mencabar?
Kuasa Yang Maha Gagah,
Meletupkannya.

Sentiasalah kita,
Memuji-memuja,
KesucianNya.

Jul 29, 2010

InsyaAllah

Ku masih mendengar,
Kumandang lagu Maher Zain,
"InsyaAllah",
Versi English dan Perancis,
Tetiba ingin belajar bahasa Perancis,
Mungkin boleh masuk TM Global kalau,
Belajar bahasa Perancis.

Namun,
aku tetap akan terus berusaha,
membaiki diri,
serta menjaga reputasi syarikatku ini,
yang memberi peluang kepada aku,
dan aku akan gunakan sebaik mungkin.

Lirikan lagu Maher Zain,
Menggerakkan akal dan roh ku,
Untuk terus berdoa kepada,
Pejuang-pejuang mujahideen,
Moga kalian terus dan terus berusaha,
Kami di sini sentiasa mendoakan kalian,
Allah bersama-sama kita,
INSYAALLAH!!!!!

Jul 21, 2010

Huhuhu

Baru teringinn update blog,

sebentar ya,

akan ku upload perkembangan terkini

Apr 17, 2010

Someone that we admire and like to follow his trail


Someone that we adore and well-respected,
being a Malaysian and a Muslim,
I do respect his vision and determination,
sorry as I copy & paste from ILUVISLAM,
in Malay language.

50 Perkara daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary: 

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. 
Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya kerana saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tidak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit.
Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan kerana banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia.
Saya ini hamba Allah yang biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya dan saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa kerana tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya.
Apa yang tidak mampu saya buat maka saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita.

Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. 
Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. 

9. Tidak ada jalan singkat.

Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan.Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status.

ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.
Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa DIA boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu.
Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.
Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil, ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini.
Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah.
Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini.
Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri.
Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja. 
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.

Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing.
Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu.
Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat.
Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya tidak ada duit tapi banyak hutang.
Orang berniaga mana yang tidak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. perasaan setiap kali mendapat rezeki.
Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah).
Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. 

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan.
Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. 
Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalau pun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle?
Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit.
Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju.
Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. 
Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat.Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar).
Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah.
Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tidak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja.
Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung. 

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang.Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu.
Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tidak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok. 

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja, kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Apr 8, 2010

Speech by Brian Dyson, CEO Coca Cola



Not sure whether below statement comes from Coca-Cola CEO,
but it helps us to motivate in our daily working hours,

 ====================================================


Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. You name them – work, family, health, friends and spirit … and you’re keeping all of these in the air.

You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back. But the other four balls – family, health, friends and spirit – are made of glass. If you drop one of these, they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or evenshattered. They will never be the same. You must understand that and strive for Balance in your life.

How?
Don’t undermine your worth by comparing yourself with others. It is because we are different that each of us is special.

Don’t set your goals by what other people deem important. Only you know what is best for you.

Don’t take for granted the things closest to your heart. Cling to them as you would your life, for without them, life is meaningless.

Don’t let your life slip through your fingers by living in the past or for the future. By living your life one day at a time, you live all the days of your life.

Don’t give up when you still have something to give. Nothing is really over until the moment you stop trying.

Don’t be afraid to admit that you are less than perfect. It is this fragile thread that binds us to each together.

Don’t be afraid to encounter risks. It is by taking chances that we learn how to be pave.

Don’t shut love out of your life by saying it’s impossible to find time. The quickest way to receive love is to give; the fastest way to lose love is to hold it too tightly; and the best way to keep love is to give it wings!

Don’t run through life so fast that you forget not only where you’ve been, but also where you are going.

Don’t forget, a person’s greatest emotional need is to feel appreciated.

Don’t be afraid to learn. Knowledge is weightless, a treasure you can always carry easily.

Don’t use time or words carelessly. Neither can be retrieved. Life is not a race, but a journey to be savoured each step of the way…

–Brian G. Dyson
President and CEO, Coca-Cola Enterprises during his speech at the Georgia Tech 72nd Commencement Address Sept. 6, 1996

Apr 7, 2010

Kudapan Pagi

Mulakan kudapan pagi kita dengan mesyurat bersama-sama bos,
penantian itu satu penyiksaan,
menantikan yang sesuatu yang pasti,
kehadiran yang dirancang,
apa mungkin ku dapat bertahan,
penantian itu.

Mujur di sengkang waktu ini,
jari-jemari pantas,
menukilankan picisan minda,
untuk mengisi ruang masa dan maya,
yang ternyata,
manusia kian alpa,
dengan segala kemewahan dan keseronokan,
cuma seorang sahaja yang tidak melupakan,

Apr 5, 2010

Malam Merangkak

Menggaru-garu kepala,
tak gatal sebenarnya,
cuma menggaru-garu,
menanti perjalanan masa,
untuk beralih dari pkl 11 malam ke 12 tgh malam.

Bila la nak siap kemas buku-buku nih?
dok berselerak aja,
dah susun ikut kepentingan,
tapi melayan blog dan facebook,
memang betul-betul penangan,


Berjalan-jalan Hari Ni

Alhamdulilah,
hari ini kita akan setelkan semuanya,
pergi KL Sentral,setelkan bayaran PTPTN isteri tersayang,
balik dari KLSentral,
pergi fotostat dokumen-dokumen bank,
untuk kelulusan pinjaman perumahan,
rumahku syurgaku.


Hari sabtu lepas,
sudah pun menandatangani,
Sales & Purchase Agreement,
bahasa mudahnya " S&P"
sepatutnya hari ini jumpa dengan pegawai bank,
tapi dia cuti,
esok kita akan berjumpa,
meneruskan kelangsungan hidup.

Apr 3, 2010

Nasyidfm Chat Room bersama DJ Firdausz

First time,
aku tengok chat room di nasyid fm,
biasa dengar ajer di blog aku,
terus aku menaip,
lagu permintaan aku,
hahahaha,
memang mantop,
DJ Firdausz,
ingin berchatting bersama-sama mereka?

Perkembangan Terkini

Hohoho,
Mata melihat Astro,
Melihat jam : 2130 3April 2010
2-1,
Chelsea vs Man U,
jarang-jarang aku dapat melihat,
perlawanan sehebat ini,
hati bercelaru,
aku inginkan MU,
tapi Chelsea mendahului,
aku serahkan pada takdir,
tapi aku cukup yakin,
perjudian dua gergasi EPL ini,
pastinya berjuta-juta dilaburkan,
di serata dunia, yang inginkan,
pasukan masing-masing menang,
wang bukan taruhan,
tapi maruah dan jati diri yang gadaikan.

nota kaki : sedang mencari pendapatan sampingan? daftarkan diri sebagai tutor di Home Tuition for Malaysia

Mar 18, 2010

Kitaran Hidup Kini Bermula


Syukur alhamdulillah,
isteri kepada coursemate masa degree UTM,
selamat melahirkan anak lelaki,
seberat 2.7kg (macam berat M-16 ajer),
aku dan Hakim sampai di Hospital Serdang,
pukul 5.30 petang,
terima kasih kepada Amin,
kerana meng"email"kan kejadian alam ini,syukur alhamdulillah.







Kitaran hidup kini bermula,
mulakan dengan bismillah,
selalu ingat pada Tuhan-mu,
yang menjadikan mu,
yang menghidupkan mu,
yang mematikan mu,
hendaklah kamu redha,
dengan nikmat-nikmat,
dengan rezeki yang melimpah ruah.


Pantai...Pantai...Pantai...



Ohhh....ohhh....ohhh....
ku bagaikan dapat merasakan,
desiran ombak, pukulan angin bayu,
menggamit suasana, setenang olakan gelombang.
keasyikan,keterujaan,kepukauan,
membuatkan hati tidak keruan.

Bilakan lagi,
daku akan memijakkan kaki,
di pantai yang putih lagi mulus,
air yang membiru,
awan yang memutih,
diselangi burung-burung lautan.

5 tahun sudah,
Pulau Redang telah menemui diriku,
bermain-main di tepian pantai,
sewaktu daku menjalani praktikal di Telekom Malaysia,
menaiki speed bot yang disewa,
40 minit mengejar waktu,
berjujuran air bertempias,
seronok mengocak air.

Kali ini, sekian waktu,
akan pergi berdua,
akan tapi,
kebuntuan menerjah di pemikiran,
keterlaluan idea-idea dipasak,
kegoncangan jiwa,
sandaran perbincangan yang kukuh,
agar tidak berlebihan,
agar biar sederhana perbelanjaan,
moga matlamat tercapai,
mencari ketenangan jiwa.

nota kaki : kawan-kawan,sila isi pool di dalam blog ini...pilihan-pilihan yang menjadi idaman untuk honeymoon =)





Mar 17, 2010

Sepurnama berlalu...

Sepurnama berlalu,
SubhanaAllah,Alhamdulillah,Allahu Akbar,
puji-pujian hanya untuk Tuhan Semesta Alam,
Tuhan yang melimpahkan rahmatNya,
Tuhan yang mengasihi hamba-hambaNya,
Tuhan yang merahmati makhlukNya.

Sepurnama berlalu,
gagasan baitul muslim diwujudkan,
merencana dan memproyeksikan,
di dalam kerangka jiwa,
menggagahkan kesinambungan,
putaran alam jagat.

Sepurnama berlalu,
bagai tak terasa,
pejam celik, pejam celik,
pantas masa tak sedari,
hanya tuntas-tuntas idea,
mampu menggerakkan bola riwayat.



Feb 23, 2010

Ohh...Peningnyer...

Kepala berat,
berfikir dan berfikir,
alangkah bagusnya,
melayari bahtera mimpi,
di kala waktu ini.

Ini tidak,
terpaksa bersengkang mata,
menjawab panggilan telefon,
membalas email pelanggan,
hanya sekadar untuk menyediakan,
sesuap nasi.


nota kaki: malam ni kerja bro...jangan ponteng-ponteng ya...

Feb 22, 2010

Hirupan Sesegar Bayu Pagi

Aku bertelaku,
menahan kesejukan,
sesekali mengusap-usap badanku,
untuk menghangatkan tubuh,
memastikan diriku,
dapat menghirup udara sesegar bayu pagi.

"Oh, indahnya di pagi hari",
ngobrol aku keseorangan,
enak mata memandang,
nyaman ku rasakan,
nikmat yang Allah sediakan,
kupanjatkan kesyukuran.

"Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah"
moga diriku ini,
dapat bertemu dengan bayu pagi,
keesokan hari,
kerna diriku tahu,
kematian itu sudah pasti,
cuma kita tidak tahu,
bila waktunya,
hanya Allah jua Maha Mengetahui.

nota kaki: Nabi banyak berpesan untuk mengingati mati...bersediakah anda?

Feb 20, 2010

Tips Membeli Rumah (Part 2)

Hurray...hurray,
ketemu kembali, mencari kekuatan,
mencari harta, mencari aset, mencari kekayaan,
tidak salah, perlu diteruskan usaha.


Mari!! Mari!! Mari!!
pelaburan terbaik, dengan usaha yang mapan,
doa yang banyak, dan kekuatan yang jitu,
"Apa pelaburan terbaik itu?"
kalian mahu tahu yea,
mari kita jenguk-jenguk ciri-cirinya:

Memberi pulangan yang baik (melepasi kadar inflasi),
Memerlukan kerja yang sedikit sahaja,
Memerlukan masa yang sedikit,
Dibiayai dengan wang orang lain,
Di bawah pengawalan sendiri,
Mempunyai risiko yang boleh diterima,
Memberi pengecualian cukai,
Memberi ketenangan fikiran.
[kredit to Azizi Ali]

"Wow,ada pelaburan macam itu yea"
"Bagaimana caranya?"
Hahahaha,kalian mahu tahu ya,
jawapannya ialah
Pelaburan Hartanah.

Oppss...Oppss...
jangan salah sangka ya,
bukan semudah itu,
tapi lebih baik berbanding jenis pelaburan yang lain,
untung yang selalu meningkat,
walaupun hanya tujuan duduk mendiami,
mahupun menyewa kepada orang lain,
sederhana mengikut kemampuan kita,
besar periuk nasi, besar keraknya.

Apa yang penting,
kekayaan telah menjadi,
HAK MILIK KITA!!!!


nota kaki; kita akan bersambung pada Tips Membeli Rumah (Part 3)


Selesai Sudah Salah Satu Kitar Kehidupan


SubhanaAllah...Alhamdulillah...Allahu Akbar,
Puji-pujian hanya pada Allah,
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
yang telah menemukan Rasullulah dengan Siti Khadijah,
yang menjalinkan Fatimah dengan Ali,
yang menjadikan Adam dan Hawa,
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah "
(Az-Dzariyaat 51;49)

Allah yang menyatukan dua jiwa,
Mohd Idzaney dengan Nur Iryani,
untuk menyimpul kasih, untuk mencari keredhaan Illahi,
di jalan yang halal, di jalan yang diberkati,
menyempurnakan sebahagian dari agama,

Erti hadith: "Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain" ( Al-Hakim : Shohih menurut Al-Hakim dan Ibn Hajar, Talkhis al-Khabir, 2/16 ; Dhoif menurut As-Suyuti, Al-Jami' as-Shoghir , 2/168)

Doa dipilin, doa diratib, doa dibaca,
moga hubungan berkekalan hingga ke syurga akhirat,
melahirkan anak-anak yang soleh solehah,
harapan Nabi, melihat umatnya ramai,

"Rabbana hab lana min azwajina wa dhuriyyatina qurrata A'yunin waj'alna lil-muttaqina imama."
"Our Lord! grant us in our mates and offspring the joy of our eyes
 and make us patterns for those who guard against evil." (25:74)



nota kaki: dalam proses meng"upload" gambar-gambar perkahwinan di Shutterfly

Feb 11, 2010

Tips Membeli Rumah (Part 1)

Opps...Oppss,
kalian sudah bersedia?
bersedia untuk membeli aset?
pasangan yang baru berkahwin mungkin,
yang punyai kerjaya,
akan berusaha sebaik mungkin,
untuk menyediakan terbaik untuk yang tersayang.




Rumah idaman kalian,
buat permulaan,
beli yang sederhana-sederhana,
"Bagaimana yang dikatakan sederhana?"
Part 2 akan menceritakan,
lebih lanjut berkaitan itu,
aku kini,
sedang mengira ongkos permulaan,
dan ongkos lanjutan,
kita ketemu semula pada,
Tips Membeli Rumah (Part 2)



nota kaki: tunggu ya...aku sedang merencana perbelanjaan...sesuatu menarik akan berlaku =)

Konsep Domino terhadap Ekonomi



Penerangan ringkas mengenai konsep domino terhdap ekonomi

Penerangan dari ustaz Zaharuddin

Secangkir kopi


Sejuk, bila muka dibasahi air,
membasahi muka,tangan kepala,telinga diakhiri dengan kaki,
alunan dilagukan,
untuk membangkitkan seruan pagi,
mebangkitkan jiwa yang gersang,
yang sering kali melupakannya.

"Jani,kamu sudah solat?"
Aku tersedar sendiri,
rupanya hanyalah monolog diriku tadi,
mujur Subuh tidak puput lagi,
lantas aku kerjakan,
mohon keberkatan-Nya.

Aku berteleku sendirian,
memikirkan nasib ummat Islam di Palestin,
terkesan dari kuliah maghrib semalam,
"Kalian masih berhutang degan mereka jika belum membantu mereka",
terngiang-terngiang di cuping telinga,
Kalian bagaimana?,
masih berseronok di bumi Malaysia?,
ayuh,kita sumbangkan,
harta kita kepada mereka,
semata-mata,
membolehkan mereka menghirup udara pagi,
dengan secangkir kopi.

nota kaki : mereka masih berperang....tanpa henti...cuma media tidak memainkan peranan...


Feb 10, 2010

Jom Layan....Nasyid Indon

Cari-mencari,
terjumpa,
boleh gak layan dengan kalian,
genre nasyid dari Indonesia.

Telur Pindang

Kalian pernah dengar,
lihat dan merasa,
telur pindang?
makanan tradisional orang Johor,
kenapa aku bertanya,
sebab bakal orang rumah aku,
orang Johor jua.

Mungkin yang belum tahu,
ini rupa telur pindang,



nota kaki : buat bakal orang rumahku, masak elok-elok....untuk tetamu,cooking with love =)

Bulan Bintang

Bulan bintang,
menemani langitku,
aku mengagumi,
aku tak mampu mencipta seperti itu,
ini mesti ciptaan,
Yang Maha Pencipta.


Bulan bintang,
kalian pernah meneropong,
keindahan itu, sangat cantik,
terapung-apung,
mungkin Star Wars sedang berperang,
Anakin Skywalker, C3PO, Darth Vader, Han Solo,
suka sangat filem itu.

[master Yoda,idola aku,hehehe]

nota kaki: selamat malam kalian...masuk beradu

Feb 9, 2010

Musim Mengawan....

Jangan fikir bukan-bukan,
Macam seorang sahabat bersuara,
"Don't notty-notty",
Eh,bukan yang itu,
juga bukan di minda kalian.

Terkadang memikirkan,
ucapan,tulisan,karangan,
para ustaz-ustazah,
memberi nasihat-teguran,

“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan "rumahku syurgaku", kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Pasangan dan anak-anak,
permata keluarga,
tidak dapat dibandingkan dengan emas kilauan,
suapan makanan ke mulut,
pelukan,ciuman pipi,
tenangkan jiwa,tabahkan hati,
itulah nikmat yang disediakan,
pada jalan yang HALAL.

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya”

Agama sebagai pendinding,
yang membawa kalian semua,
kepada yang Haq,
tempat ini,tempat singgahan,
untuk menuju tempat abadi.

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amal kebaikan kecuali; mereka yang meninggalakn ilmu bermanfaat, sedekah (kebajikan) jariah, dan anak soleh yang mendoakan akannya”
(Hadith Riwayat Muslim).

nota kaki : kepada kalian yang akan melangsungkan majlis,Selamat pengantin Baru aku ucapkan...aku hujung minggu ini..berdebar-debar rasanya :)


Bosan la...Layan jap....

Halwa telinga,
penggamit suasana,
pasang woofer kalian yer,
jangan sampai ganggu jiran sebelah.

5-0....GOOAALLLLL!!!!!!!!!!!!!

5-0,
Manchester U vs. Portsmouth,
di EPL, wilayah Eropah,
teringin ku pergi ke sana,
sejuk,dingin,nyaman,panas,
4 dalam 1,
tiada di Malaysia, cuma panas - hujan.


5-0,
di Malaysia juga ada,
di tengah padang, penyokong sama banyak,
sama-sama, 50%-50%,
banyak layang kad kuning,
sepakan percuma,
waktu tambahan,
penyokong sini " Boo!! Boo!!" sama pengadil,
berat sebelah,
penyokong sana "Hoorey!!" sama pengadil,
pengadil seadil-adilnya.


Masa kecederaan, agak lama,
pasukan sini mengatur strategi,
pasukan sana membilang masa,
akhir waktu,
"Preett!! Preett!!"
wisel tamat, masing-masing lelah,
keputusan telah LAMA diketahui,
pasukan sana menang,
5-0

nota kaki : kepedulian kalian terhadap mutu "sepak terajang" ... pastikan kalian endah

Sesuap Nikmat Duniawi

Kalian semua,
"Sihat hari ini?"
"Apa potensi kalian pagi ini?"
maksimum? optimum? minimum?
atau sekadar melepas batuk ditangga?
kalian sudah lupa azam tahun ini?
mudah lupa atau kalian buat-buat lupa?

Azam kalian apa?
tahun ini pergi melancong 10 kali?
tahun ini tak nak merokok?
tahun ini nak masuk kerja awal?
atau blogging tak tentu arah?

Bagaimana dengan iman kalian?
bagaimana dengan sumbangan kalian pada masyarakat?
menyendiri?
atau kalian seperti katak di bawah tempurung?
sehingga jiran sebelah pun kalian tak kenal?.

Noktah,cukup semua ini,
mulakan hari anda,
dengan Bismillahhirrahmannirrahim,
atau memuja tuhan-tuhanmu,
siapa jua kita,
kita bukan keseorangan,
kerana yang Maha Memberi,
sesuap nimat duniawi,
hanya Tuhanmu.


nota kaki : kawan-kawanku, selamat mencari rezeki halal kalian..ingat pada orang tersayang

Feb 8, 2010

Kamar Pengadilan

Peluh memercik,
"Sudah tiba waktunya?"
belum, esok ya keputusan,
di kamar pengadilan.

"Lantas, kalian mahu pergi?"
"InsyaAllah, memberi sokongan,memberi paduan"
cuma lalu,membunyikan hon,
atau turut serta,tangkap gambar,
tunjuk muka,kluar televisi,
Hahahaha.

Aku akan pergi, pergi dengan lebih dekat,
sokongan,semangat alam maya,
tidak seberapa,
sokongan,semangat fisikal,
menggoncang dunia.


nota kaki : esok bicaranya..esok keputusannya..



Berat Kepala

Selesai sudah,satu perkara,
satu perkara timbul,perlu diselesaikan,
titipan masa,
menanti waktu,mudahkan bicara,
moga urusan disederhanakan.

Satu minggu,
mencari dan mencari, sehingga dapat,
supaya dapat diwakilkan,
nilaian aset yang besar,
supaya aku senang hati,
supaya kalian dapat singgah,
teratak sederhana ku nanti.

nota kaki: bincang pasal harga apartment di persint 11....alhamdulillah,berjalan lancar within budget

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Erti Pernikahan
www.iluvislam.com
akhie_naim
Editor : arisHa27

Pidato-Debat

Teringat zaman muda-muda,
di pentas,
puluhan murid-murid,
mendengar cetusan idea-pidato,
mendengar balahan-perbahasan,
di tingkat 1A10,
SM St. Michael Ipoh.

Itu kenangan dahulu,
kemudian hari,berlalu pergi,
cuma aku suka mendengar cetusan minda,
anak-anak,mahasiswa-mahasiswi,
apa mungkin kali ini dapat pergi?

nota kaki: aku tak dapat nak pergi..memerap di rumah..sehingga jumaat ini