Subscribe to RSS feed

Oct 7, 2009

SPM Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 - Pembahagian Masa

Ssbagai permulaan, kita akan mencungkil tips-tips untuk maksimumkan penggunaan masa SPM Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2. Sebagaimana kita tahu,kertas 1 menggunakan masa sebanyak 2 1/4 jam (135 minit) dan kertas 2 selama 2 1/2 jam (150 minit). Saya menggunakan angka minit supaya kita dapat membahagikan masa secara lebih tepat.

**Peringatan:Saya menggalakkan murid-murid untuk menggunakan jam tangan analog(yang mempunyai jarum jam). Seperti kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, secara psikologinya manusia lebih berhati-hati apabila menggunakan jam analog berbanding jam digital. Pengalaman saya dahulu, jam loceng saya menjadi "mangsa keadaan"..haha**

Ayuh,mari kita kaji lebih mendalam bagaimana untuk memaksimakan masa kita.

-----------

Kertas 1 :

Soalan 1 ) bahan-bahan rangsangan
Soalan 2 ) karangan bahan umum

Untuk soalan 1, murid-murid digalakkan menggunakan sebanyak 50 minit.Ambil masa selama 5 minit untuk pemahaman gambarajah,5 minit untuk mengeluarkan isi-isi. 40 minit sepenuhnya untuk merangka dan menulis rumusan berdasarkan gambarajah.

Untuk soalan 2, ambil masa kira-kira 5 minit untuk memilih tajuk yang bersesuaian (bersesuaian di sini bermaksud murid-murid mampu untuk menulis sebaik mungkin dengan isi-isi yang mencukupi).5 minit untuk mengeluarkan isi-isi dan menggambarkan perjalanan karangan. Penting untuk kita memandu pemeriksa kertas untuk menghubungkaitkan antara satu isi dengan isi yang berikut. 40 minit berikutnya, bolehlah memulakan karangan kita berdasarkan isi-isi yang kita cipta tadi.Maka 50 minit telah digunakan untuk soalan 2.

Baiklah, setakat ini kita baru menggunakan 50 minit untuk soalan 1 dan 50 minit soalan 2.Kita mempunyai lebihan masa sebanyak 35 minit lagi. Apa yang perlu kita buat untuk 35 minit ini? tidur? jeling-jeling kawan? Bukan, tapi inilah masanya untuk kita memperbaiki/melengkapkan bahagian yang kita tertinggal.

Apa yang akan terjadi sekiranya pada soalan 1, kita terlajak sehingga menggunakan sebanyak 55 minit? Cikgu sarankan murid-murid terus berganjak kepada soalan 2. Tinggalkan soalan 1, terus kepada soalan 2. Tapi kita perlu ingat, kita sudah ketinggalan 5 minit disebabkan kita menggunakan 55 minit pada soalan 1.

Penekanan di sini ialah, sediakan masa untuk memeriksa kembali hasil tulisan kita.Cikgu cadangkan sekurang-kurangnya 20 minit digunakan untuk memeriksa karya kita. Periksa kembali tulisan kita yang mungkin pemeriksa tidak faham, penggunaan tatabahasa yang salah dan mungkin nama kita tidak tercatit pada setiap helaian kertas A4.

-----------

Kertas 2

Soalan 1 ) Rumusan
Soalan 2 ) Pemahaman
a) Petikan Umum
b) Petikan Cerpen/Drama
c) Petikan Prosa Klasik
d) Petikan Puisi
Soalan 3 ) Pengetahuan dan Kefahaman tentang Tatabahasa BM
Soalan 4 ) Novel KOMSAS


Bagaimana dengan kertas 2 pula? Melibatkan 4 soalan, dengan 150 minit keseluruhan masa. Tips di sini ialah kita fokus terus kepada soalan-soalan yang kita mampu buat dengan cepat dan betul. Namun di sini, ceraian untuk pembahagian masa adalah 30 minit untuk setiap soalan, termasuk masa untuk memeriksa kembali { (30 min x 4 soalan) + (30 min untuk memeriksa) }.

Cikgu sarankan di sepanjang sebulan sebelum SPM ini, murid-murid perlu (amat perlu ! ) untuk melatih diri supaya memahami keadaan diri sendiri agar dapat memenuhi masa yang ditetapkan di dalam peperiksaan.

Hendaklah di dalam sebulan ini jua, dekatkan diri dengan Pencipta kita. Perbanyakkan amalan yang baik-baik. Melakukan solat sunat hajat,taubat dan tahajud amatlah digalakkan. Memberi sedekah, senyuman kepada orang lain dan membantu emak di dapur juga antara sebahagian amalan yang perlu kita teruskan sepanjang hayat kita. Tidur yang mencukupi dan pengambilan makanan yang seimbang sebelum tiba dan semasa SPM.

Akhir kata, kita akan berjumpa lagi dengan tips yang lebih hebat dan sepadu.






0 komen anda:

Post a Comment