Subscribe to RSS feed

Jun 16, 2009

Kehidupan Yang Menceriakan

Kadang-kadang kita terfikir seperti kehidupan kita sentiasa dirudung malang,ada tikanya seperti kesempitan,ada tikanya seperti masa itu mencucuk kita umpama sembilu. Namun adakah kita pernah terfikir bahawa kehidupan kita sentiasa dilimpahi dengan keceriaan dan nikmat-nikmat yang amat bermakna.

Cuba kita bayangkan tika kita bangun dari tidur kita.Mata yang kita celik, ternampakkan warna-warna yang menawan.Tiada hitam putih apatah lagi gelap langsung. Kita dibangunkan dengan mampu melihat alam sekeliling,dan mulalah kita bergerak ke sana ke mari. Udara yang kita sedut ini jua percuma,anugerah dari Illahi. Cuba kita bayangkan jika udara ini berbayar.Nescaya kita akan jatuh miskin,kerana tidak mampu membayar.Apabila kita mampu membayar harga udara, kita akan mati kesesakan nafas. Hendaklah kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur, moga-moga rahmat-Nya sentiasa melimpah-ruah ke atas kita.

Setiap makanan yang kita ambil hendaklah kita mulakan dengan "Bismillah" dan diakhiri dengan "Alhamdulillah". Apakah kita tidak takut dengan makanan yang dikongsi bersama-sama dengan syaitan? Mujurlah syaitan itu kita tidak nampak,sekiranya kita nampak nescaya kita akan menggigil ketakutan.Maha Suci Allah yang menghindarkan kita dari melihat perkara-perkara ghaib itu.Makanan yang suci lagi berkhasiat akan membantu kita menjalani kehidupan kita dengan lancar.Ingatlah wahai saudara-saudari sekalian, setiap makanan yang terhasil daripada sumber yang haram akan dibakar di neraka kelak.Berhati-hatilah dengan duit yang kita dapat.Sucikanlah harta kita dengan berzakat dan bersedekah. Satu peringatan yang ingin dikongsikan bersama ialah hendaklah kita perhatikan tukang masak yang sedang memasak makanan kita. Pastikan dia seorang yang kita yakin menjalani ibadahnya dengan sempurna.Kita khuatiri air tangannya akan mempengaruhi ibadah kita nanti.

Kehidupan yang menceriakan juga hendaklah disulami dengan memohon keampunan dari Allah dan keampunan dari manusia. Saya tertarik dengan saranan Dr. Fadzilah Kamsah yang menyatakan kita memaafkan orang lain apabila kita hendak tidur,moga orang lain jua memaafkan keterlanjuran kita. Manusia amat payah untuk memaafkan kita jika dibandingkan dengan Allah.Selagi kita membuat perkara-perkara yang dituntut oleh Allah,dosa-dosa kita akan terhapus.Alangkah Maha Pemaaf-Nya Dia.Manusia adalah satu makhluk yang amat kompleks,maka di atas kekompleksan itu kadang-kadang membawa kehancuran kepada manusia sejagat.Mohon ampunlah sebelum tidur.Bagi si isteri,mohon ampun pada si suami dan si suami hendaklah meredhai si isteri.

Aku pun kadang-kadang menjadi seperti yang di atas, tapi kadang-kadang terasa diri ini lebih jahat dari yang atas. Apabila aku rasa diriku jahat, cepat-cepat aku istighfar. Moga-moga Allah mengampuni diriku ini.

0 komen anda:

Post a Comment