Subscribe to RSS feed

May 1, 2009

Malam Hari Yang Panjang

Apa la nasib badan aku nie..dah dua hari mata aku bersengkang semata-mata untuk melayan masalah dengan link TOT-VZB ni..malam pertama aku merasa bangga la kejap sebab berjaya menyelesaikan dalam masa 4 jam sahaja...link up masa pukul 12.30pagi, tapi kemudiannya down balik pukul 3.30pagi sampai la sekarang(2.30pagi-1hb mei 2009)...malam hari yang cukup panjang...

Aku terpaksa bekerja keras menaip-naip dan membalas email-email dari pelanggan dari juga berkesempatan menaip blog aku ini sementara menantikan maklumbalas dari orang2 TNOC..depa nie sedang bergegas ke Cherating Cable Station sebab mungkin ada masalah di sana..terpaksa la aku menunggu..tunggu dan menunggu..perut dah lapar...hahahaha

Esok aku cuti,aku akan ke Jerantut tengok anak buah aku di sana...hahaha..kepala pusing,tak cukup tido tadi....