Subscribe to RSS feed

Apr 12, 2009

Hangat Pilihanraya

Pilihanraya 7hb April,tapi posting baru hari.Aku sempat menjelajah piliharaya Bukit Gantang hari itu.Memang sangat menarik,maklumlah baru pertama kali aku turun padang bersama-sama mengibarkan bendera di tepi jalan.Dengan panas teriknya dan hujannya,tidak memusnahkan harapan aku dan penyokong yang lain untuk terus berdiri mengibarkan bendera/sahut-menyahut antara satu sama lain.Aku rasa bersemangat bila melihat muslimin dan muslimin bertungkus-lumus dan saling soong -menyokong antara satu sama lain.

Aku boleh katakan dalam sepuluh kereta yang lalu lalang, 9 melambai-lambaikan bendera PAS dan 1 melambaikan bendera UBN.Aku tak pasti mengapa pengujaan orang Melayu,Cina, dan India dalam pilihanraya ini tapi aku yakin mereka hendakkan pilihanraya DUN yang baru lagi segar untuk PERAK. Aku anak jati Perak jugak inginkan pilihanraya baru diadakan untuk memastikan kelangsungan kepimpinan itu berterusan.

Seboleh-bolehnya aku ingin memekik kepada pengundi-pengundi di situ, tetapi brother-brother di situ tersangatlah aktif.Naik segan pulak aku dibuatnya.Sahutan-sahutan berirama membuatkan aku turut serta dan kadang-kala mencuit hati PAS tetapi membarakan hati UMNO.Hehehe.Cuma yang agak kurang lucu dan membengangkan hati aku ialah keterlibatan budak-budak sekolah yang bertindak sebagai penyokong UMNO.Kelakuan dan perangai yang tidak senonoh ditunjukkan kepada penyokong PAS dan perkara sebegitu sepatutnya tidak berlaku.

Cumanya pada penghujung masa pilihanraya,lebih kurang pukul 5 petang,ada Toyota Alphard milik penyokong PAS berhenti di depan penyokong PAS dan UMNO dan memberi kata-kata semangat kepada penyokong PAS.Secara tiba-tiba, penyokong UMNO membaling botol air secara melulu dan penyokong PAS membalas semula balingan itu. FRU bertindak dengan memukul cota dan mententeramkan keadaan.Betul la kata orang,UMNO selalu mendahului dengan perkara-perkara yang tidak senonoh.

Perkara menarik ialah Cina da India tidak malu-malu memegang bendera,kipas PAS dan juga topeng MB Nizar.Gelombang perubahan terus dirasai dan aku yakin momentum ini dapat dikekalkan dalam masa 3-4tahun sehingga ketibaan PRU-13.