Subscribe to RSS feed

Mar 16, 2009

Lama Tak Memblog

Rasa macam lama betul tak menulis dalam blog aku.Paling akhir sekali 5hb Mac, tu pun aku 'cut & paste' dari laman web iluvislam.com.Sebenarnya minggu lepas terlalu banyak isu-isu dalam pejabat aku, jenuh nak aku tangani. Kena siapkan RFO(Reason for Outage) kepada Pelanggan antarabangsa, & 'monitoring circuit' dan bermacam-macam lagi.

Dalam ruangan itu juga, aku sempat pergi usrah di rumah Ustaz Razali Nawawi(Presiden ABIM pertama;pensyarah UIA;Prof Dr.).Orangnya cukup merendah diri, penuh ilmuwan dan rumahnya (mak oi, besar tau). Kerdil betul aku masa tu, dengan di keliling akhi-akhi yang pada aku memang 'mantooop' habis. Sempat la menceduk sedikit ilmu tafsiran Al-Quran (surah Yunus 24-27) bersama-sama mereka di samping berkongsi perkembangan politik semasa .

Dan dituruti minggu yang seterusnya, aku menjengah STC(Selangor Turf Club). Aku bukan tengok lumba kuda okey.Aku datang sana sebab Old Boys sekolah aku (OPA-Old Putera Assoc.) sedang bermain kriket di sana, untuk Piala Navaratnam.Sempat aku sembang-sembang dengan OP yang lain.Seterusnya main di Oval Kelab Aman di Ampang; dan Pengurus Nordin Manan telah bersetuju untuk membenarkan aku bermain untuk game seterusnya di RSC,Bukit Kiara.

Game pertama aku di RSC rasa macam welcome back aku setelah aku lama tak main akibat kecederaan sewaktu main untuk KL di MSSM Pulau Pinang. Ada orang cakap, untuk mengatasi fobia ialah 'You face it!'.Mula-mula aku rasa seram juga tapi mujur ada helmet kriket.Tak rasa sangat.Aku cuma dapat buat 4 larian sebelum bowled-out oleh bowler.Bola spinner jer,tapi memang jambu abis la.Hahaha.Aku turut main sebagai wicket-keeper tapi banyak jugak miss bola sebab ada budak Penang Free School yang memang fast bowler.Rasa nak retak tangan aku ni.

Semalam game di STC.Aku sebagai last batsmen,sebab untuk mengurangkan kepenatan aku masa main sebagai wicket-keeper nanti.Partner aku,Hamzah cakap 'Kita main sampai habis overs',sebab masa itu tinggal lagi 3-4 overs jer lagi, tapi last-last dia juga yang out.Hampeh betul.Baru nak feeling main,tapi mujur larian aku meningkat,iaitu 6 larian.Hahaha.

Masa ending game,OP Nordin cakap akan ada game untuk inter Old Boys;yakni dari OPA(RMC),MACOBA(MCKK),STAROBA(STAR),Georgian Old Boys,VIOBA(VI) dan beberapa yang akan di'konfirmkan' kembali.Aku dah tak sabar-sabar untuk tunjukkan yang terbaik dari selaku bekas Kapten RMC dan KL...Hahahaha....Jangan lupa dinner pada 28hb mac ni ^_^

0 komen anda:

Post a Comment