Subscribe to RSS feed

Mar 5, 2009

Kacau...kacau...kacau







Apabila kita hendak memasak kari ( tak kisah kari ayam,daging dan ikan-dalam ini kita ambil ayam sebab senang nak masak ), pastinya akan menyediakan ramuan-ramuan yang tersendiri. Bermula dengan penyediaan ayam itu sendiri, kemudian dituruti dengan serbuk kari, garam, santan serta hirisan bawang dan akhirnya segala campuran itu dimasukkan ke dalam sebekas periuk untuk dinikmati oleh ahli keluarga kita ( untuk saya-orang bujang dalam rumah sewa saya jer ).


Yang menariknya, segala ramuan dan ayam kita masak tadi itu, kita dapat merasai setiap bahan itu bergaul dengan baik dan menghasilkan kari ayam yang cukup menepati citarasa kita. Setiap bahan itu mengeluarkan aroma serta merangsang pengeluaran bendalir saliva ( air liur kita ) dan kita sangat teruja untuk merasainya. Setiap ramuan ini menyokong antara satu sama lain, menyedapkan antara satu sama lain. Berlainan fizikal tetapi menuju satu matlamat : Kari Ayam.


Tetapi cuba kita bayangkan bila mana ramuan itu tidak digaul atau komposisinya tidak sama banyak. Terlebih garamnya, terlebih santannya, ayam yang hampir busuk dan sudah pasti kita bukan sahaja melihatnya jijik, bahkan juga ingin membaunya pun tidak mahu. Dorongan ini akan menyebabkan kita ingin membuangnya terus. Kita akan tertanya-tanya kepada diri kita, apakah salah diri kita atau salah kepada ramuan-ramuan tadi? Sudah pasti salah kita kerana kita yang menyediakan ramuan itu; dan apa yang biasa ita lakukan ialah membeli ramuan-ramuan yang baru untuk memasak semula kari ayam kita tadi.

Sesuatu ramuan yang sudah lapuk/busuk pastinya kita mahu gantikan dengan yang baru lagi segar. Ramuan yang sama tetapi bahan-bahan yang lebih berkualiti dan terjamin kesegarannya. Mungkin salah kita membeli santan yang sudah beberapa hari disimpan atau kita terlalu banyak menabur garam pada kari ayam kita. Kita akan memilih ayam yang disembelih elok (halal), memilih santan yang baru diperah ( kalau di rumah keluarga saya, nescaya sayalah orangnya untuk memerah santan ), bawang yang segar bugar lalu kembali kita ke ruangan dapur untuk meneruskan perjuangan kita memasak dengan suasana yang harmonis, seperti mana kawan saya berkata "Cooking with Love".








Ruangan memasak tidak memerlukan ruangan yang besar, cuma sekadar untuk memasak sahaja. Mungkin di dapur rumah, mungkin di ruangan balkoni supaya jiran-jiran dapat membau masakan kita atau mungkin di naungan pokok yang cukup teduh. Matlamat kita ialah untuk memasak kari ayam, dan setelah siap dimasak barulah dihidangkan kepada ahli keluarga kita. Cukup menarik lagi kita memasak di bawah pokok, dan kemudiannya jiran-jiran kita memerhatikan kita tetapi kita memberi isyarat kepada jiran kita " Tunggu, biar aku masak dulu.Lepas nie, boleh lah korang semua merasa".


Alangkah indahnya dan seronoknya kita memasak dengan segala kepandaian kita dan jiran-jiran yang lain sibuk menyediakan meja,pingggan mangkuk dan menghamparkan tikar untuk makan bersama-sama. Mungkin sesekali nyamuk dan lalat menggangu itu perkara biasa, cuma perlu ditepis-tepis dan disembur dengan Ridsect.



Dan apa yang pasti, diri kita sendiri yang perlu BERUBAH untuk memiliki satu hidangan kari ayam yang cukup menepati inspirasi dan naluri kita.

0 komen anda:

Post a Comment