Subscribe to RSS feed

Feb 25, 2009

Satu Pagi Yang Turunnya Hujan

Aku dapat rasakan hari ini akan berlaku sesuatu,tapi tak pasti apa. Yang aku tahu,pagi nanti dalam pukul 11:00pagi, akan ada perarakan ke suatu badan kerajaan di Putrajaya. Ikutkan hati, aku sahaja menapak di situ juga, sebab dengar berita dari blogger-blogger; yang terlibat bukan sahaja manusia tetapi si lembu juga turut hadir untuk menyatakan pendirian yang sama. Ianya umpama kiasan dalam aku cukup pasti, sebagai seorang Melayu sudah pasti kiasan-kiasan ini membawa satu maksud yang tersendiri. Mungkin pada si pembawa atau pada si penerima, masing-masing punyai hujah yang kuat.

Jika di kampung-kampung, lembu digunakan sebagai bahan korban dan mengikut kata ayahku, lembu juga digunakan untuk mengangkat budak-budak yang hendak disunatkan. Tapi di sini, ianya digunakan untuk mengangkat berjilid-jilid laporan rasuah kepada badan kerajaan itu. Ini merupakan stu pendekatan yang cukup mencuit hati.Aku teringin melihat reaksi dari segenap pihak; baik dari blogger-blogger,pemberitanya,pembawa lembu dan penerima lembu.

Aku ingin melihat berita tengah hari nanti, tapi apakan daya mata aku mengajak untuk melelap sebentar kerana hari ini aku shift malam.

0 komen anda:

Post a Comment