Subscribe to RSS feed

Feb 10, 2009

Koreksi Diri

Aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri."sampai bila kebobrokan ini akan berhenti?"...tak sedar ke dunia sekarang ini menuju kepada kehancuran sebelum diselamatkan oleh seorang yang Allah tentukan pada penghujung waktu dunia.yang kita sekarang ni disibukkan dengan urusan duniawi sehingga terlupa urusan akhirat kita? ada orang sanggup melondehkan aib orang lain,walhal nabi sendiri telah berpesan supaya menjaga aib saudara kita...

Aku tak punya suara untuk memperkatakan sesuatu yang besar, tapi aku yakin selagi mana manusia itu berpegang pada ajarannya sendiri,termasuk la agama2 samawi,animisme hatta athies sekalipun,akan mengakui bahawa manusia ini dijadikan untuk berbaik-baik sesama manusia.

Aku menjadi bingung apabila manusia yang beragama samawi ajaran Muhammad s.a.w turut berkecimpung bergaduh sesama sendiri demi mengisi perutnya sendiri. Tak terlihatkah mereka bahawa rakyat di bawah menjerit kesakitan hanya mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka.Tapi apa yang aku lihat,lagi tinggi pemimpin itu,lagi banyak habuan yang dia akan dapat.apakah ini dinamakan keadilan andai kata rakyat terbanyak tidak dapat menikmati hasil negara? apakah kejituan rakyat marhaen tidak mampu menggoncang pimpinan atasan?.

Aku amat yakin bila mana situasi tribulasi yang sedang melanda negara ini akan menggoncang peradaban tamadun Kemelayuan Nusantara. aku melihatkan kejadian demi kejadian ini merupakan satu petunjuk dan rangsangan untuk menuju perubahan. jika dulu dimomokan bahawa bangsa Malaysia ini tidak mahu berubah, aku terpaku melihatkan perubahan ketara di segenap lapisan masyarakat yang mana golongan muda telah banyak mempengaruhi gugusan masyarakat Malaysia.

Sedar atau tidak, perubahan akan tetap akan berlaku walau di mana kita berada.cuba kita lihat zaman sekarang,Presiden Amerika telah dinobatkan kepada seorang "coloured people" walaupun sebelum ini golongan "the white" memonopolinya (ketepikan golongan pelobi Yahudi). Kembali kepada zaman dinasti di China, kejatuhan dinasti tidak dapat dinafikan dan digantikan dengan fahaman komunis di China. Cuba kita bayangkan sebuah negara yang cukup besar seperti China dan Rusia pernah runtuh dan berubah. Itu belum ditambah dengan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah akibat kealpaan dan permainan jijik Kamal Attartuk. Perubahan-perubahan ini akan menjadi satu lipatan sejarah yang memungkinkan anak dan cucu-cucu kita akan belajar dan mengenangkan sejarah itu sendiri.

Apa mungkin kita berdiam diri sedangkan kita punyai waktu dan pengharapan untuk berubah kepada yang lebih baik? Hijrah itu menuntut segenap lapisan nafsu kita untuk melarikan diri dari terus terjerumus ke lembah kehinaan. Anda punyai hati dan akal yang dianugerahkan, maka gunakan sebaik-baik mungkin dan sekiranya anda masih tertanya-tanya apakah hal tuju anda,anda sendiri kena bertanya kepada diri ana " Apakah niat aku di dunia ini?".

Wallahualam.

0 komen anda:

Post a Comment