Subscribe to RSS feed

Feb 22, 2009

Bila Internet Down

Cuba bayangkan bila mana internet kita terputus (dalam istilah bahasa inggerisnya down)secara tiba-tiba dan berterusan sampai beberapa hari. Aku pasti blogger-blogger macam aku akan mati kutu la jawabnya.Kenapa? Ini sebab nafsu kita untuk mengetahui perkembangan isu-isu semasa di tanah air kita. Isu-isu ini perlu dikembangkan umpama ilmu juga turut berkembang, dan bila mana perkembangan itu disekat atau ditahan secara paksa,nescaya akan ada satu pemberontakan di dalam jiwa.

Kita tak dapat nafikan kemajuan internet telah menampakkan satu dorongan kepada rakyat Malaysia khususnya, untuk menyebarkan info-info terkini seperti isu di Perak. Saya ingin memetik kata-kata dari Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah yang mengatakan katastrofi kudeta di Perak bakal berlangsung di Kedah, hatta sekarang ini Selangor menyulusuri jalan yang hampir sama dengan Perak. Kebejatan ini kita dapat gambarkan teori politikawan tersohor yang menyatakan teori domino akan berlangsung dan telah berlangsung. Gambaran ini diterjemahkan dengan siri kemenangan pada 5 buah negeri dan 2 PRK di Permatang Pauh dan kuala Terengganu. Analisis demi analisis ditimbulkan oleh seketumbukan cerdik pandai mahupun di segerombolan peminum kopi di warung-warung.

Generasi kini menuntut kepada satu perubahan dramatik dan bukannya sekadar retorik di mulut. Mulut yang boleh membawa kesejahteraan mahupun kesengsaraan, pasti dapat dinilai oleh rakyat marhaen sekali mana berita itu sampai ke tangan kita. Lagi pahit untuk ditelan apabila internet yang telah menjadi darah daging jiwa muda; secara tiba-tiba down tanpa tentu pasal. Apa yang pasti, berita terkini (instance news) yang dipelopori oleh laman sesawang ini tidak dapat ditahan mahupun dihapuskan sama sekali.

Cetusan dan percikan idea-idea yang mungkin kita lihat separa matang, mungkin kali ini akan membawa perubahan yang cukup besar di alam maya. Olahan demi olahan yang dibuat, sering kali menjerumuskan kita kepada satu pemerhatian analitikal yang menuntut pencarian sumber-sumber sahih lagi jitu. Sebagai contohnya."Ah,dia tu lebih teruk dari dia,dengan siri-siri rompakan yang terang-terangan". Kita akan membawa diri kita untuk menilai sama ada isi berita itu boleh diterima atau tidak, dan sejauh mana kita boleh menerima berita itu bergantung kepada analisis-analisis dan pencarian sejarah oleh blogger-blogger.

Apa yang pasti, sejarah telah dicungkil semula dan menjadi tatapan umum yang sebelum ini disembunyikan, dan malah mungkin sejarah ini akan dipaparkan di dalam dewan mahkamah yang mulia !

0 komen anda:

Post a Comment