Subscribe to RSS feed

Feb 25, 2009

Satu Pagi Yang Turunnya Hujan

Aku dapat rasakan hari ini akan berlaku sesuatu,tapi tak pasti apa. Yang aku tahu,pagi nanti dalam pukul 11:00pagi, akan ada perarakan ke suatu badan kerajaan di Putrajaya. Ikutkan hati, aku sahaja menapak di situ juga, sebab dengar berita dari blogger-blogger; yang terlibat bukan sahaja manusia tetapi si lembu juga turut hadir untuk menyatakan pendirian yang sama. Ianya umpama kiasan dalam aku cukup pasti, sebagai seorang Melayu sudah pasti kiasan-kiasan ini membawa satu maksud yang tersendiri. Mungkin pada si pembawa atau pada si penerima, masing-masing punyai hujah yang kuat.

Jika di kampung-kampung, lembu digunakan sebagai bahan korban dan mengikut kata ayahku, lembu juga digunakan untuk mengangkat budak-budak yang hendak disunatkan. Tapi di sini, ianya digunakan untuk mengangkat berjilid-jilid laporan rasuah kepada badan kerajaan itu. Ini merupakan stu pendekatan yang cukup mencuit hati.Aku teringin melihat reaksi dari segenap pihak; baik dari blogger-blogger,pemberitanya,pembawa lembu dan penerima lembu.

Aku ingin melihat berita tengah hari nanti, tapi apakan daya mata aku mengajak untuk melelap sebentar kerana hari ini aku shift malam.

Feb 22, 2009

Bila Internet Down

Cuba bayangkan bila mana internet kita terputus (dalam istilah bahasa inggerisnya down)secara tiba-tiba dan berterusan sampai beberapa hari. Aku pasti blogger-blogger macam aku akan mati kutu la jawabnya.Kenapa? Ini sebab nafsu kita untuk mengetahui perkembangan isu-isu semasa di tanah air kita. Isu-isu ini perlu dikembangkan umpama ilmu juga turut berkembang, dan bila mana perkembangan itu disekat atau ditahan secara paksa,nescaya akan ada satu pemberontakan di dalam jiwa.

Kita tak dapat nafikan kemajuan internet telah menampakkan satu dorongan kepada rakyat Malaysia khususnya, untuk menyebarkan info-info terkini seperti isu di Perak. Saya ingin memetik kata-kata dari Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah yang mengatakan katastrofi kudeta di Perak bakal berlangsung di Kedah, hatta sekarang ini Selangor menyulusuri jalan yang hampir sama dengan Perak. Kebejatan ini kita dapat gambarkan teori politikawan tersohor yang menyatakan teori domino akan berlangsung dan telah berlangsung. Gambaran ini diterjemahkan dengan siri kemenangan pada 5 buah negeri dan 2 PRK di Permatang Pauh dan kuala Terengganu. Analisis demi analisis ditimbulkan oleh seketumbukan cerdik pandai mahupun di segerombolan peminum kopi di warung-warung.

Generasi kini menuntut kepada satu perubahan dramatik dan bukannya sekadar retorik di mulut. Mulut yang boleh membawa kesejahteraan mahupun kesengsaraan, pasti dapat dinilai oleh rakyat marhaen sekali mana berita itu sampai ke tangan kita. Lagi pahit untuk ditelan apabila internet yang telah menjadi darah daging jiwa muda; secara tiba-tiba down tanpa tentu pasal. Apa yang pasti, berita terkini (instance news) yang dipelopori oleh laman sesawang ini tidak dapat ditahan mahupun dihapuskan sama sekali.

Cetusan dan percikan idea-idea yang mungkin kita lihat separa matang, mungkin kali ini akan membawa perubahan yang cukup besar di alam maya. Olahan demi olahan yang dibuat, sering kali menjerumuskan kita kepada satu pemerhatian analitikal yang menuntut pencarian sumber-sumber sahih lagi jitu. Sebagai contohnya."Ah,dia tu lebih teruk dari dia,dengan siri-siri rompakan yang terang-terangan". Kita akan membawa diri kita untuk menilai sama ada isi berita itu boleh diterima atau tidak, dan sejauh mana kita boleh menerima berita itu bergantung kepada analisis-analisis dan pencarian sejarah oleh blogger-blogger.

Apa yang pasti, sejarah telah dicungkil semula dan menjadi tatapan umum yang sebelum ini disembunyikan, dan malah mungkin sejarah ini akan dipaparkan di dalam dewan mahkamah yang mulia !

Feb 18, 2009

Kat Pejabat

Hari ni aku shift malam.Tak ada "big issue" dalam email aku.Aku dah membalas email dari pelanggan antarabangsa TM,namun setakat pukul 7.20 pagi tiada maklumbalas dari mereka.Mungkin mereka berpuas hati dengan kerja aku ;) .Namun aku tak boleh tunggu lama di pejabat.tilamku di rumah telah memanggil-manggil aku.

Aku gagahkan diriku untuk terus menulis (sebenarnya lagi 40minit lagi shif aku akan habis), aku memerah otak untuk mencoret sebidang warkah sempena hari yang baru ini.Hari ini,insyaAllah aku akan mengatur langkah menuju ke pejabat PTPTN (sepatutnya sistem pembelajaran di Malaysia ini percuma!) dan juga mendengar taklimat berkenaan pelaburan ternakan lembu di Bangsar pada pukul 3petang..Kawan aku yang menelefon aku tempoh hari,mengatakan ada peluang dan aku bersetuju untuk mendengar.Bak kata pepatah orang putih " Lend your ears".

Aku terpaksa membatalkan jadual latihan kriket aku hari ini.Sepatutnya aku melatih budak sekolah aku,tapi aku berkira-kira aku tidak sempat untuk menghadirkan pada petang ini.Apa-apa pun, esok aku akan turun melatih budak sekolah aku memandangkan kejohann MSSM akan tiba tak lama lagi.

Pada kawan-kawan aku,jangan lupa kerjakan solat dhuha dan kejutkan aku dari mimpi yang indah nanti ;) .

Feb 15, 2009

Mukjizat Al-Qur'an Mendahului Sains : Us. Mohd Zawawi Yusoh*

Remaja hari ini cerdik, pintar dan berpelajaran berdasarkan akademik serta fakta sains. Ini mungkin kerana sistem pendidikan yang menekankan dan memberi penumpuan dalam bidang sains. Tidak hairanlah remaja hari ini mengenali nama saintis dan kagum dengan penemuan mereka. Penciptaan teknologi canggih membantu penemuan baru rahsia alam. Seperkara yang remaja patut tahu, penemuan baru ini selari dengan penyataan al-Qur'an malah ia sudah lama disebut dalam kitab suci itu. Jika kita boleh berbangga dengan penemuan sains semestinya kita patut lebih takjub dengan kecanggihan al-Quran berabad dahulu mendahului zaman, malah manusia memerlukan masa yang panjang ribuan tahun memahami sentuhan ayat al-Quran mengenai alam dan sains.

Antara ayat mengenai sains ialah yang berkaitan dengan pengembangan alam. Firman Allah yang bermaksud: “Dan, langit Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami. Sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” Ayat ini menceritakan mengenai pengembangan alam. Ini bermaksud langit diluaskan oleh Allah. Allah sudah menyatakan ribuan tahun dahulu, jika ada orang yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan sains, sepatutnya tunduk dengan fakta ini.


Pada tahun 1929 Edwin Hubble dengan menggunakan alat canggih meneropong ke langit mendapati alam ini sebenarnya mengembang dan membesar malah saintis sekarang ini berupaya mengukur kelajuan pengembangan alam. Kedua, ayat berhubung teori Big Bang. Hal ini sudah lama disentuh ribuan tahun dulu dalam surah al-Anbia': 30, bermaksud: “Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.” Maknanya langit dan bumi asalnya melekat bercantum, Allah pisahkan antara keduanya dengan udara. Teori Big Bang diasaskan oleh formula umum ‘Theory Of Relativity’ oleh Einstein 1915, kemudian disahkan pakar fizik Rusia pada 1922. Pada 1929 teori ini disahkan Edwin Hubble. Cuba bayangkan hakikat yang ditemui pada abad 20 ini telah dijelaskan oleh al-Quran sejak 1400 tahun dulu.

Segala penemuan ini selari penyataan ayat al-Quran yang menunjukkan al-Quran “Kalamullah” kerana ilmu sains belum berkembang pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w), tambahan pula tiada sebarang kemudahan yang tidak memungkinkan manusia mengetahui asal-usul alam ini. Benarlah al-Quran bukan ciptaan Muhammad. Jadi tidak hairan sekiranya orang Islam mendahului bangsa lain dari sudut ketamadunan. Ini kerana al-Quran berada di hati mereka, sebagaimana disebut dalam pertemuan lalu al-Quran bukan hanya dibaca tapi juga untuk memakmurkan alam ini.


Percikan daripada kehebatan al-Quran inilah terbinanya tamadun di Iraq, Sepanyol, Turki, India , Afrika dan Barat mempelajari daripada Islam seterusnya mengembangkan lagi menurut acuan mereka. Yang tidak seronoknya mereka menimbus serta memadamkan sumbangan Islam dalam dunia sains malah memutar belit fakta sejarah dengan menuduh Islam tidak menyumbang apa-apa. Justeru, dalam menimba ilmu, remaja jangan lupa melihat sejarah tamadun Islam. Belajar di Barat untuk mencari ilmu bukan satu kesalahan, yang kita bimbang sebelum dapat ilmu sudah jadi Barat, pergaulannya, pakaiannya dan budayanya. Marilah kita maju dengan acuan dan budaya kita sendiri, berpaksikan al-Quran, sunnah.


* Ustaz Mohd Zawawi Yusoh merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Al-Qur'an di UIA.Berpengalaman dalam bidang dakwah dan sering muncul di tv,radio,akhbar dan majalah.

Inspirasi

Perjalananmu masih jauh
Sayup beribu batu
Dari mula kau impikan
Gapai cita nan satu


Manapun arah yang dituju
Bermula dari satu
Aturkan langkah usah ragu
Semoga diberkati


Bersedia seawal waktu
Usah kau bertaut
Tumpuan dan kesungguhan
Impian kan nyata akhirnya


Dugaan mengajar kita
Erti ketabahan
Cabaran menempuh jiwa
Singkir keraguan di minda


Usaha tangga kejayaan
Usah kau lupakan
Hingga mencapai puncak jaya
Dan titis pengorbanan
Dalam perjuangan
Jadikannya satu inspirasi

Album : Inspirasi
Munsyid : Rast

Untuk Mu Palestin

Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air


Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh


Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah


Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa...lestin

Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan

Feb 14, 2009

Seloka Petang

Pak Seman orang yang sabar,
Dimarahi orang bertalu-talu,
Cahaya yang cerah pasti kan tiba,
Andai hati berpegang pada yang satu.

Ada kawan nama Ah Cheen,
Suka makan singgang ikan,
Orang lama mulutnya masin,
Orang warak doanya dimakbulkan.

Feb 10, 2009

Dosa yang Lebih HEBAT dari ZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,


"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."


"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.


"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.


"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.


Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ......telah berzina."


Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.


Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.


Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.


"Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.


Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya.


Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.


Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"


Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?"


Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril."Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"


" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.


"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.


"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Dasyatnya azab neraka.Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.Insyallah.

Editor: Afdhal87

Mereka Memilih Islam by Dr. Danial Zainal Abidin

Kisah-kisah pengislaman Dr. Murad Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang, Diplomat) / Dileep Kumar (Hindu, Tokoh Muzik Bollywood) / Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik, Pakar Pengajian Islam) / Jang (dari Negara China)


Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)


Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco.


Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.


Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”


Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.


Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”


Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)


Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.


Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.


Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”


Rujukan:http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom


Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)


Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.


Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.


Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).


Jang (Bangsa China)


Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf IslamOnline bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.


Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.

Koreksi Diri

Aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri."sampai bila kebobrokan ini akan berhenti?"...tak sedar ke dunia sekarang ini menuju kepada kehancuran sebelum diselamatkan oleh seorang yang Allah tentukan pada penghujung waktu dunia.yang kita sekarang ni disibukkan dengan urusan duniawi sehingga terlupa urusan akhirat kita? ada orang sanggup melondehkan aib orang lain,walhal nabi sendiri telah berpesan supaya menjaga aib saudara kita...

Aku tak punya suara untuk memperkatakan sesuatu yang besar, tapi aku yakin selagi mana manusia itu berpegang pada ajarannya sendiri,termasuk la agama2 samawi,animisme hatta athies sekalipun,akan mengakui bahawa manusia ini dijadikan untuk berbaik-baik sesama manusia.

Aku menjadi bingung apabila manusia yang beragama samawi ajaran Muhammad s.a.w turut berkecimpung bergaduh sesama sendiri demi mengisi perutnya sendiri. Tak terlihatkah mereka bahawa rakyat di bawah menjerit kesakitan hanya mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka.Tapi apa yang aku lihat,lagi tinggi pemimpin itu,lagi banyak habuan yang dia akan dapat.apakah ini dinamakan keadilan andai kata rakyat terbanyak tidak dapat menikmati hasil negara? apakah kejituan rakyat marhaen tidak mampu menggoncang pimpinan atasan?.

Aku amat yakin bila mana situasi tribulasi yang sedang melanda negara ini akan menggoncang peradaban tamadun Kemelayuan Nusantara. aku melihatkan kejadian demi kejadian ini merupakan satu petunjuk dan rangsangan untuk menuju perubahan. jika dulu dimomokan bahawa bangsa Malaysia ini tidak mahu berubah, aku terpaku melihatkan perubahan ketara di segenap lapisan masyarakat yang mana golongan muda telah banyak mempengaruhi gugusan masyarakat Malaysia.

Sedar atau tidak, perubahan akan tetap akan berlaku walau di mana kita berada.cuba kita lihat zaman sekarang,Presiden Amerika telah dinobatkan kepada seorang "coloured people" walaupun sebelum ini golongan "the white" memonopolinya (ketepikan golongan pelobi Yahudi). Kembali kepada zaman dinasti di China, kejatuhan dinasti tidak dapat dinafikan dan digantikan dengan fahaman komunis di China. Cuba kita bayangkan sebuah negara yang cukup besar seperti China dan Rusia pernah runtuh dan berubah. Itu belum ditambah dengan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah akibat kealpaan dan permainan jijik Kamal Attartuk. Perubahan-perubahan ini akan menjadi satu lipatan sejarah yang memungkinkan anak dan cucu-cucu kita akan belajar dan mengenangkan sejarah itu sendiri.

Apa mungkin kita berdiam diri sedangkan kita punyai waktu dan pengharapan untuk berubah kepada yang lebih baik? Hijrah itu menuntut segenap lapisan nafsu kita untuk melarikan diri dari terus terjerumus ke lembah kehinaan. Anda punyai hati dan akal yang dianugerahkan, maka gunakan sebaik-baik mungkin dan sekiranya anda masih tertanya-tanya apakah hal tuju anda,anda sendiri kena bertanya kepada diri ana " Apakah niat aku di dunia ini?".

Wallahualam.

Berkahwin Kurangkan Risiko Nyanyuk

Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban.

LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.

Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari. Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua. Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain. Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.

Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer. Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.

Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina. Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk. Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda. Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Dr Hakansson berkata: "Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk."

Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua. "Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini," katanya.

Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup. "Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok," katanya.

INFO: Alzheimer

· Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.

· Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat

· Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun

· Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.

· Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan

· Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat

· Menjadi punca keenam kematian utama.

Berdakwah Dalam Era Multimedia


Author : Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah
Class : Islam
Subclass : Islamization
Subclass detail (*)
Language : Malay
Contents (*)

1. PENDAHULUAN:

1.1. Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah dan berterima kasih kepada pihak penganjur yang telah memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya untuk turut serta dalam seminar ini serta mengemukakan sebuah kertas kerja yang bertajuk 'Berdakwah Dalam Era Multimedia'. Mudah-mudahan kertas ini akan menjadi asas perbincangan yang berguna untuk memberi sumbangan yang lebih berkesan dalam melaksanakan tugas berdakwah. Saya memohon maaf atas apa-apa kekurangan dan kelemahan yang ada dan diharap kerjasama semua pihak yang mungkin menyempurnakan maksud dan tujuan seminar ini.

2. DEFINASI:

2.1. Untuk menjelaskan skop perbincangan dalam kertas ini, maka terlebih dahulu diterangkan definasi dua perkara asas dalam tajuk kertas ini, iaitu dakwah dan multimedia. Dakwah ialah 'usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia kepada mengenali Islam, menerima dan menghayatinya yang dilaksanakan menerusi kaedah, cara dan pendekatan tertentu'. Manakala multimedia pula ada beberapa definasi telah diberikan, antaranya ialah 'Penggunaan dua atau lebih jenis/bentuk media (video bergerak, audio, gambar, grafik, animasi, teks dan sebagainya) untuk menyampaikan maklumat'.

2.2. Jadi, apabila membicarakan mengenai berdakwah dalam era multimedia, maka ianya akan menyentuh samada penggunaan multimedia ini dibenarkan oleh Islam atau tidak dan apakah sikap pendakwah mengenainya serta apa pula masalah yang perlu diatasi berhubung dengan penggunaan multimedia dalam berdakwah.

3. MEDIA DAKWAH:

3.1. Kalau dilihat dan diikuti perkembangan Islam dari dahulu sampai sekarang, ternyata bahawa para da'i khususnya dan umat Islam umumnya tidaklah mengggunakan sesuatu media tertentu, dan nampaknya tidak pula menghadkan kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dan dipakai dalam menyampaikan dakwah Islamiah di seluruh dunia ini.

3.2. Di Malaysia sejak dari dahulu lagi dakwah Islamiah telah disampaikan melalui lisan dan tulisan yang disebarkan kepada individu dan kumpulan, secara bersemuka atau menerusi penyebaran bahan-bahan tulisan dan sebagainya, malah selari dengan perkembangan zaman yang dilaluinya, dakwah Islamiah turut disebarkan menerusi filem, video, kaset dan sebagainya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam aktiviti dakwahnya telah menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet.

3.3. Malah jika diteliti, penggunaan media elektronik terutama radio dan telivisyen sebagai media dakwah telah dipelopori dan dilaksanakan oleh kerajaan sendiri. Program-program yang disiarkan telah mendapat sambutan dan penerimaan yang hangat menyeluruh dari kalangan penontonnya.

3.4. Kini tamadun manusia terus membawa dan memperkenalkan kemajuan media yang lebih canggih dan diterima umum dan sekarang mereka berada dalam era yang dikenali sebagai era multimedia. Malaysia sendiri telah menerima kehadiran teknologi ini dan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banayak untuk menjayakannya. Penguwujudan Koridor Raya Multimedia adalah bukti nyata penerimaan tersebut.

3.5. Melihat kepada sejarah lalu dan penerimaan umat Islam dalam menggunakan berbagai media yang wujud disepanjang zamannya, maka penerimaan multimedia sebagai alat berdakwah pada masa ini bukanlah suatu yang salah dan ditegah, malah adalah wajib selagi penggunaannya selari dengan ajaran Islam yang mulia.

3.6. Jadi, yang pentingnya ialah kesedaran umat Islam bahawa Islam tidak menghadkan kepada umatnya untuk menggunakan apa jua media yang boleh memberi kejayaan dalam usaha berdakwah di kalangan umat manusia seluruhnya.

4. CABARAN:

4.1. Sepanjang pelaksanaan dakwah di Malaysia, terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi. Cabaran-cabaran itu ada yang berupa penyebaran ajaran salah dan menyeleweng, ajaran kepercayaan agama yang lain dari Islam dan pendedahan nilai-nilai serta budaya hidup yang negatif dan bertentangan dengan ajaran Islam. Penyebaran bahan-bahan ini ada dijalankan secara bersemuka dan tidak kurang juga yang menggunakan media cetak dan elektronik.

4.2. Bagi mengatasi pengaruh ajaran dan pendedahan bahan berunsur negatif tersebut, kerajaan telah menggunakan berbagai langkah untuk menerangkan kepada masyarakat umatIslam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya, supaya mereka tidak terpengaruh dan terperangkap dalam belenggu ajaran salah dan tidak berakhlak.

4.3. Selain dari itu kerajaan juga menguatkuasakan peraturan yang membolehkan bahan-bahan tersebut khususnya yang diimport disemak dan ditapis terlebih dahulu sebelum ianya dibenarkan untuk diedar bagi dibaca, didengar dan ditonton oleh rakyatumum. Pada peringkat itu kawalan terhadap apa jua unsur yang tidak digemari dan bercanggah dengan kepentingan negara dan keselamatannya dapat dijalankan dengan berjaya dan berkesan.

4.4. Sekarang, kekebalan ini nampaknya kurang mampu dipertahankan sepenuhnya apabila teknologi canggih dan penggunaan multimedia terutama internet berkembang dengan pesatnya di dunia hari ini. Kini umat Islam khususnya di Malaysia terdedah kepada penyebaran maklumat yang salah mengenai Islam dan terdedah kepada nilai-nilai negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam.

4.5. Oleh itu rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam, mahu atau tidak mahu, terpaksa menyahut cabaran ini. Yang pastinya, umat Islam tidak boleh menyerah kalah dan membiarkan arus perkembangan ini berlalu dan mengancam mereka begitu sahaja. Sebaliknya dengan keazaman dan keyakinan yang penuh mereka turut menguasai dan mengambil manfaat daripadanya.

5. MASALAH:

5.1. Masyarakat umat Islam mestilah menerima bahawa multimedia adalah penting dalam penyebaran dakwah Islamiah pada masa ini. Namun dalam mempastikan ianya benar-benar berfungsi dan berkesan, ada beberapa masalah yang mesti diatasi. Masalah-masalah itu ada yang berkaitan dengan peribadi, struktur organisasi dan hubungan kerjasama antara berbagai pihak yang terlibat.

5.1.1. Penguasaan Ilmu:i. Masalah yang agak ketara kini ialah kurangnya tenaga pendakwah yang mampu menggunakan teknologi ini. Akibatnya mereka lambat menyesuaikan diri samada untuk menyedia dan menyebar bahan-bahan dakwahnya dan juga lambat untuk memberi jawapan kepada berbagai masalah yang ditimbulkan menerusi media ini.ii. Kurang keupayaan dalam menguasai bahasa Inggeris, juga merupakan masalah yang menyebabkan penggunaan multimedia kurang diminati oleh kalangan para da'i dan ulama Islam di negara ini. Sikap ini mungkin ada hubungan dengan apa yang terdapat dalam pepatah Melayu 'Tak kenal maka tak cinta'.iii. Disamping terdapat dua masalah penting di kalangan para da'i dan ulama, maka satu lagi masalah yang tidak juga kurang pentingnya ialah kelemahan penguasaan ilmu Islam di kalangan pakar dan pengguna multimedia ini. Kekurangan ini menyebabkan mereka cuba mengelakkan diri dari terlibat secara aktif dalam kegiatan dakwah Islamiah. Sikap sedemikian boleh melambatkan kerja-kerja berdakwah terutama dalam masalah yang memerlukan tindakan yang cepat dan tepat.

5.1.2. Kurang Kerjasama:

i. Kejayaan sesuatu usaha, lebih-lebih lagi dalam pengggunaan teknologi moden lebih bergantung kepada sejauhmana kerjasama boleh diwujud dan ditingkatkan antara beberapa individu, beberapa institusi, beberapa organisasi dan sebagainya. Demikian juga sekiranya kejayaan berdakwah dalam era multimedia ini mahu dicapai dan dini'mati bersama.

ii. Nampaknya pada masa ini ada beberapa insitutusi dan organisasi Islam telah mengambil peluang dan menggunakan laman-laman web internet sebagai saluran dakwahnya. Masing-masing mempunyai 'home pagi'nya sendiri. Institut Kefahaman Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia adalah antara institusi dan organisasi Islam di Malaysia yang memberi sambutan yang terawal terhadap penguasaan multimedia ini; namun yang lebih penting dari itu ialah kerjasama yang lebih berkesan dan terarah dapat dibangunkan.

iii. Pada masa ini, belum nampak adanya suatu kerjasama dan penyelarasan yang berkesan di antara institusi dan organisasi tersebut dalam memenuhi keperluan masyarakat mengenai ajaran Islam dan dalam menangani isu-isu yang bertentangan dengan Islam yang disalurkan menerusi internet.iv. Sepatutnya sudah ada suatu kerjasama dan penyelarasan yang berkesan yang sekurang-kurangnya melibatkan pembahagian tugas yang jelas antara berbagai institusi dan organisasi tersebut. Jika ini dapat dilakukan ianya akan menyemarakkan lagi kerja-kerja dakwah di negara ini.

5.1.3. Kurang Kefahaman:

i. Pada masa ini masih terdapat lagi kefahaman yang salah di kalangan umat Islam di negara ini mengenai tugas dan tanggungjawab berdakwah yang diletakkan oleh Islam ke atas bahu mereka. Masih ada yang beranggapan bahawa tugas menjalankan dakwah adalah 'fardhu kifayah' semata-mata dan hanya wajib ke atas mereka yang bergelar ustaz dan ulama sahaja, manakala yang lainnya tidak wajib. Fahaman ini mengakibatkan mereka kurang aktif lalu mengambil sikap berdiam diri atau berlepas tangan dari tugas-tugas berdakwah.

ii. Pada hakikatnya menjalankan tugas berdakwah adalah wajib 'fardhu 'ain' atas setiap orang Islam. Ertinya bahawa setiap orang Islam itu wajib menyampaikan ajaran Islam setakat apa yang diketahuinya. Mengenai hal ini tentulah mustahil dan tidak munasabah ada di kalangan orang Islam yang langsung tidak mengetahui apa-apa mengenai ajaran agamanya.

iii. Di samping kewajipan fardhu 'ain itu, Islam mewajibkan pula ke atas umatnya secara fardhu kifayah di mana sebahagian dari mereka mestilah mendalami ajaran Islam untuk menjadi pemimpin atau tempat rujukan masyarakat terutama dalam masalah-masalah yang lebih penting dan rumit. Jika tuntutan ini difahami secara jelas oleh seluruh umat Islam, maka penyebaran Islam tentunya menjadi lebih pesat dan berjaya.

iv. Bagi masyarakat awam umat Islam, mereka hendaklah melibatkan diri dalam kegiatan dakwah dengan mengajar apa jua ajaran Islam yang diketahui khususnya di kalangan keluarga sendiri. Mereka juga boleh membantu pihak-pihak bertanggungjawab dengan menyampaikan maklumat-maklumat mengenai kerja-kerja penyelewengan terhadap Islam oleh pihak-pihak tertentu yang mereka kesani dari internet dan sebagainya.

6. ISI KANDUNGAN:

6.1. Untuk mempastikan keberkesanan kegiatan dakwah dalam era multimedia ini, maka para perancang dan pelaksana dakwah mestilah mempastikan bahan yang disampaikan itu meliputi isi ajaran Islam, serta sesuai dengan kumpulan sasarannya yang berbagai-bagai dan berbeza, baik dari segi jantina, peringkat umur dan profesyen, mahupun dari segi latar belakang penguasaan ilmu Islam itu sendiri.

6.2. Tahap maklumat dan isi ajaran Islam yang dikemukakan mestilah sesuai, dengan mengambil kira keperluan mereka yang belum beragama Islam, mereka yang baru mempelajari Islam dan tidak kurang pentingnya bagi menghapuskan kekeliruan dan kesesatan yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu yang berniat jahat untuk memecahbelahkan umat Islam dan menyelewengkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar. Dengan mengambil kira keadaan ini, maka sudah pasti usaha berdakwah akan mencapai matlamatnya.

6.3. Skop kandungan pengajaran Islam yang dikemukakan mestilah juga mengambil kira aspek-aspek terpenting yang menjadi asas ajaran Islam itu sendiri. Disamping memberi penjelasan mengenai syariat Islam yang luas dan meliputi seluruh kehidupan manusia, maka aspek iman sebagai terasnya tidak boleh dipandang remeh dan tidak penting, sebaliknya aspek iman inilah yang wajib diutamakan disepanjang pelaksanaan dakwah.

6.4. Pada masa ini ada suara-suara yang mempersoalkan keberkesanan pendidikan Islam, terutama di kalangan remaja apabila mendapati gejala-gejala keruntuhan akhlak lebih ketara di kalangan mereka. Persoalan ini menginsafkan sekali, sehingga mampu menarik minat sebilangan besar umat Islam untuk mencari penyelesaiannya. Dan ternyata akhirnya bahawa jawapan kepada persoalan ini ialah usaha pengukuhan iman wajib diberi keutamaan dalam apa jua program pembangunan negara.

7. KESIMPULAN:

Dari penjelasan yang telah diberikan, maka dapatlah disimpulkan bahawa:

i. Penggunaan multimedia dalam berdakwah adalah sangat membantu dan berkesan. Ianya mestilah diterima dengan baik dan dipergunakan sebijak mungkin.

ii. Program memberi dan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi moden dalam mutimedia di kalangan pendakwah dan ulama mestilah diadakan dan dipertingkatkan, manakala program pengukuhan ilmu teras Islam pula diberikan kepada para pakar Muslim dalam bidang multimedia, agar kepesatan dan keberkesanan dakwah dapat dicapai.

iii. Suatu mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk bagi mempastikan kegiatan dakwah menerusi multimedia dapat dilaksanakan dengan teratur dan rapi serta menepati pada sasarannya. Suatu gabungan dan jalinan yang kuat antara pakar-pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa adalah dinanti-nantikan.iv. Aspek iman hendaklah menjadi fokus utama dalam menyampaikan dakwah dan menjadi asas terpenting dalam membena umat Islam yang kuat dan mampu mengatasi segala cabaran yang dihadapi baik pada masa ini mahupun pada masa akan datang, samada cabaran dari multimedia sendiri atau lain-lain cabaran yang terdapat dalam masyarakat.

Feb 9, 2009

Herba Untuk Kekal Istimewa


Oleh Dr. H.M.Tuah


Kita memang memerlukan sumber alam untuk kekal istimewa. Untuk jadi lebih biasa daripada yang luar biasa, manusia perlu memaksimumkan penggunaan sumber-sumber alam agar aura alam dan manusia menjadi satu. Daripada dua kekuatan ini, sudah pasti kita akan terlihat lebih istimewa dan mengagumkan.


Salah satu sumber alam yang dimaksudkan itu ialah penggunaan herba dalam perapian wajah dan tubuh yang menjurus pada kesempurnaan total mental, fizikal dan spiritual. Herba telah diketahui sejak zaman berzaman sebagai keperluan istimewa manusia untuk menjadi sihat dan istimewa. Malah boleh dikatakan manusia telah menggunakan herba sejak bermulanya masa. Masyarakat purba bergantung pada herba untuk makanan dan perubatan, menggunakannya untuk perasa dan kemudian sebagai bahan awet untuk daging dan ikan agar lebih tahan disimpan.


Herba adalah anugerah istimewa alam untuk manusia. Bayangkan alam ini tanpa herba, bagaimanakah manusia melalui hidup mereka dan apakah agaknya yang akan mereka gunakan sebagai bahan-bahan kecantikan, kesihatan dan perapian. Manusia telah mengagumi herba sebegitu tinggi hingga menjadi bahan dalam upacara-upacara keagamaan dan juga teknologi. Catatan terawal tentang penggunaan herba dalam perubatan ditemui tercatat dalam papyrus kerajaan purba Mesir sekitar 2000 Sebelum Masihi. Di situ tercatat kehadiran doktor herba.


Di India dan China , herba masih dianggap mengatasi perubatan moden pada sesetengah kelompok bahkan secara umum ia adalah pilihan utama para pesakit berpandukan pada pengeluaran bahan perubatan herba yang amat besar jumlahnya. Kebanyakan bahan-bahan asas perubatan herba dunia datangnya dari sini. Sehingga hari ini pun masih bertebaran dengan banyaknya sinseh-sinseh Cina yang merawat menggunakan bahan-bahan herba. Dalam perubatan holistik, para pengamal pengubatan semula jadi dan para aktivisnya menggunakan herba sebagai bahan utama.


Dalam kerajaan purba Greek pula, Hippocrates pada kurun ke-3 Sebelum Masihi dalam fomulasi herbanya, De Materia Medica and Dioscorides, memasukkan beratus-ratus herba dalam kandungan bahan perubatan botani mereka. Tidak cukup itu herba disebut dalam Old dan New Testaments. Kerajaan Rom purba juga diketahui menggunakan herba untuk menambah kekuatan dan kepekaan para tenteranya.


Para penjajah Eropah pada abad ke-15 dikatakan belayar ke Timur untuk mencari rempah.
Kisah pelayaran Marco Polo ke China pada penghujung 1200 memberitahu perdagangan rempah telah mewujudkan beberapa penempatan baru, seterusnya membawa orang Barat melakukan perjalanan perdagangan untuk mencari rempah berkenaan. Pada kurun 15 hingga ke-17, orang Sepanyol, Inggeris, Portugis dan Belanda bersaing untuk menguasai pedagangan rempah di Timur Jauh. Dalam tahun-tahun 1800-an, orang Amerika terlibat dalam pedagangan ini. Orang Amerika yang pertama menjadi jutawan mencipta kekayaan melalui herba.
Sayang sekali, begitu hebat anugerah alam ini dan kebanyakannya tumbuh subur di sini, kebanyakan kita masih negatif terhadap penggunaan herba untuk kesihatan dan kerapian. Motivasi tidak bermakna apa-apa tanpa adanya wadah. Wadah motivasi ialah tubuh yang sihat, bertenaga, segar dan rapi. Tanpa wadah yang begini motivasi tidak berupaya masuk dan pasti gagal berperanan.


Paling tidak, jika pun herba memualkan, ia adalah bahan potpori yang boleh menyegarkan persekitaran. Letakkan sebotol potpori daripada campuran herba di dalam sebuah bilik dan rasai kelainannya. Jika ia bukan sesuatu yang memualkan maka cuba campurkan dalam masakan, atau hidangkan saja sebagai sayuran.


Formula 3X (Xtra Mind, Xtra Mild dan Xtra Mile) yang menjadi teras motivasi saya menjadikan herba dan sumber alam lain sebagai asas berubah. Sumber alam yang dimaksudkan itu ialah udara. Ia dihiru secara dalam pada kiraan 7 saat (tarik), 7 saat (simpan) dan 7 saat (lepaskan), dibuat tiga kali berturut-turut menjadikannya 63 saat kesemuanya. Ini dibuat biasanya pada awal pagi sewaktu hendak memulakan hari ataupun pada bila-bila masa yang dirasakan perlu. Keadaan ini berkesan untuk menstabilkan minda dan ketenangan (Mind dan Mild).


Sumber alam lain yang digunakan ialah pengambilan makanan tambahan untuk kesihatan dan kerapian dan makanan tambahan yang disyorkan itu tidak lain adalah herba. 3X mengesyorkan para pelatih motivasinya mengambil supplemen herba setiap hari. Daripada amalan ini lahirlah satu lagi ciri hebat 3X iaitu Mile. Mile adalah stamina. Gabungan ketiga-tiga faktor ini; Mind (Pemikiran), Mild (Ketenangan) dan Mile (Stamina) adalah motivasi power yang tuntas lagi kekal.


Penggunaan herba untuk motivasi boleh diistilahkan sebagai memudah atau seni memudahkan. Herba dikenal sebagai mudah kerana pengamalannya dan penanamannya juga tidak rumit. Lantaran kebanyakan herba jenis tumbuh melata atau tumbuhan bawah seperti parsley, chives, marjoram, thyme, basil, caraway, dill, oregano, rosemary dan celery leaves, ia boleh digunakan sama ada sewaktu kering mahupun basah.


7 situasi di mana herba boleh menjadi bahan istimewa perubatan dan juga motivasi ialah apabila diambil pada sukatan dan amalan tertentu ia boleh membantu menyembuhkan:
a. Gangguan pada gerak kerja badan atau fikiran atau simpton pada orang dewasa.
b. Gangguan pada gerak kerja badan atau fikiran pada sistem imuniti.
c. Penderitaan penyakit saraf atau otak yang teruk dan aduan psikiatri.
d. Simpton perasaan.
e. Terapi alternatif untuk mereka yang alegik.
f. Terapi kombinasi untuk mempercepat kesan pada perubatan konvensional, dan
g . Terapi kombinasi untuk mengurangkan kesan sampingan perubatan konvensional.


Rapikanlah diri anda dengan kesihatan dan motivasi, mengamalkan pengambilan herba adalah salah satu cara yang termudah dan berkesan. Ia menyatukan kita kepada alam agar sekuat alam

Bertudung atau Berfesyen?

Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.




Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.




Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.




Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.



Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan. Sekian, wassalam.

Seloka Pagi

Seantero benua terasa gundah,
Dipilih mahu,Dilantik tak tahu,
Hendak dikarang,karanglah sudah,
Hati yang pilu,siapa yang tahu.

Si carik lena di katil,
Bermimpikan puteri pipinya merah,
Sanggahan kita,tolak yang batil,
Agar timbul cahaya yang cerah.

Rambut anak disisir-sisir,
Ditutup muka dengan purdah,
Kudapan enak umpama pasir,
Bila di jalanan,riuh rendah.

Cisco Command

Sepanjang aku duduk di sini,banyak perkara yang aku belajar.Maklumlah,seorang engineer electronic terjun ke bidang networking.Tak faham bahasa network ni.Maka,belajar macam tadika seumpama belajar ABC balik. Di sini,aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang mungkin sahabat-sahabat sekalian mampu belajar dan mempraktikkan dalam dunia networking ni.Antara ilmu asas berkenaan adalah :


show interface [intfc] : displays the interface configuration, status and statistics.

show ip route : displays summary information about entries in the routing table

show ip bgp summary : displays the status of all Border Gateway Protocol (BGP) connections

show version : display the system hardware config., software version, and name and source of configuration files and boot images

show logging : display the state of logging to the syslog

ping dest : to check to see if a destination is alive

ping (setting source int) : to check to see if a destination is alive

traceroute : to list all the routing to the destination


Mungkin sahabat-sahabat sekalian boleh me'refer' kepada beberapa laman web seperti Cisco.com..Atau mungkin sahabat2 ingin berkongsi2 ilmu pun boleh jugak.Mana la tau kita akan ambil exam CCNA atau CCNP,InsyaAllah


7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri.
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah.
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan.
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
iluvislam.com

Nur Syahadah

Tika terbuka hari
Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah
Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah
c/o
Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu
Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih
Sejernih embun pagi Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia
Bridge
Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa
Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu
Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih Bersatu
Nur Syahadah di dalam syahdu?