Oct 6, 2009

SPM Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 - Pembahagian Masa

Ssbagai permulaan, kita akan mencungkil tips-tips untuk maksimumkan penggunaan masa SPM Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2. Sebagaimana kita tahu,kertas 1 menggunakan masa sebanyak 2 1/4 jam (135 minit) dan kertas 2 selama 2 1/2 jam (150 minit). Saya menggunakan angka minit supaya kita dapat membahagikan masa secara lebih tepat.

**Peringatan:Saya menggalakkan murid-murid untuk menggunakan jam tangan analog(yang mempunyai jarum jam). Seperti kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, secara psikologinya manusia lebih berhati-hati apabila menggunakan jam analog berbanding jam digital. Pengalaman saya dahulu, jam loceng saya menjadi "mangsa keadaan"..haha**

Ayuh,mari kita kaji lebih mendalam bagaimana untuk memaksimakan masa kita.

-----------

Kertas 1 :

Soalan 1 ) bahan-bahan rangsangan
Soalan 2 ) karangan bahan umum

Untuk soalan 1, murid-murid digalakkan menggunakan sebanyak 50 minit.Ambil masa selama 5 minit untuk pemahaman gambarajah,5 minit untuk mengeluarkan isi-isi. 40 minit sepenuhnya untuk merangka dan menulis rumusan berdasarkan gambarajah.

Untuk soalan 2, ambil masa kira-kira 5 minit untuk memilih tajuk yang bersesuaian (bersesuaian di sini bermaksud murid-murid mampu untuk menulis sebaik mungkin dengan isi-isi yang mencukupi).5 minit untuk mengeluarkan isi-isi dan menggambarkan perjalanan karangan. Penting untuk kita memandu pemeriksa kertas untuk menghubungkaitkan antara satu isi dengan isi yang berikut. 40 minit berikutnya, bolehlah memulakan karangan kita berdasarkan isi-isi yang kita cipta tadi.Maka 50 minit telah digunakan untuk soalan 2.

Baiklah, setakat ini kita baru menggunakan 50 minit untuk soalan 1 dan 50 minit soalan 2.Kita mempunyai lebihan masa sebanyak 35 minit lagi. Apa yang perlu kita buat untuk 35 minit ini? tidur? jeling-jeling kawan? Bukan, tapi inilah masanya untuk kita memperbaiki/melengkapkan bahagian yang kita tertinggal.

Apa yang akan terjadi sekiranya pada soalan 1, kita terlajak sehingga menggunakan sebanyak 55 minit? Cikgu sarankan murid-murid terus berganjak kepada soalan 2. Tinggalkan soalan 1, terus kepada soalan 2. Tapi kita perlu ingat, kita sudah ketinggalan 5 minit disebabkan kita menggunakan 55 minit pada soalan 1.

Penekanan di sini ialah, sediakan masa untuk memeriksa kembali hasil tulisan kita.Cikgu cadangkan sekurang-kurangnya 20 minit digunakan untuk memeriksa karya kita. Periksa kembali tulisan kita yang mungkin pemeriksa tidak faham, penggunaan tatabahasa yang salah dan mungkin nama kita tidak tercatit pada setiap helaian kertas A4.

-----------

Kertas 2

Soalan 1 ) Rumusan
Soalan 2 ) Pemahaman
a) Petikan Umum
b) Petikan Cerpen/Drama
c) Petikan Prosa Klasik
d) Petikan Puisi
Soalan 3 ) Pengetahuan dan Kefahaman tentang Tatabahasa BM
Soalan 4 ) Novel KOMSAS


Bagaimana dengan kertas 2 pula? Melibatkan 4 soalan, dengan 150 minit keseluruhan masa. Tips di sini ialah kita fokus terus kepada soalan-soalan yang kita mampu buat dengan cepat dan betul. Namun di sini, ceraian untuk pembahagian masa adalah 30 minit untuk setiap soalan, termasuk masa untuk memeriksa kembali { (30 min x 4 soalan) + (30 min untuk memeriksa) }.

Cikgu sarankan di sepanjang sebulan sebelum SPM ini, murid-murid perlu (amat perlu ! ) untuk melatih diri supaya memahami keadaan diri sendiri agar dapat memenuhi masa yang ditetapkan di dalam peperiksaan.

Hendaklah di dalam sebulan ini jua, dekatkan diri dengan Pencipta kita. Perbanyakkan amalan yang baik-baik. Melakukan solat sunat hajat,taubat dan tahajud amatlah digalakkan. Memberi sedekah, senyuman kepada orang lain dan membantu emak di dapur juga antara sebahagian amalan yang perlu kita teruskan sepanjang hayat kita. Tidur yang mencukupi dan pengambilan makanan yang seimbang sebelum tiba dan semasa SPM.

Akhir kata, kita akan berjumpa lagi dengan tips yang lebih hebat dan sepadu.






Sep 30, 2009

Tuisyen sebagai permulaan

Gaji permulaan tuisyen akan masuk tak lama lagi.aku dapat merasakan tuisyen ini merupakan salah satu kaedah yang amat berbaloi.kita menjual perkhidmatan kita.jual ilmu dan berkongsi ilmu.aku seperti ingin membuat konsep-konsep pembelajaran seperti Mind Mapping,acronym untuk dimuatkan dalam blog aku. aku ada terbaca buku "iMind Map" oleh Tony Buzan,tapi bukunya mahal.nanti senang-senang aku akan beli untuk tujuan berkongsi ilmu.aku sedang mengusahakan dan jika berkesempatan, aku akan upload mind mapping di dalam blog aku nie. aku akan fokus pada subjek-subjek seperti Sejarah dan BM dahulu,sebab subjek otulah yang aku sedang mengajar.

Sep 12, 2009

Permulaan....

Alhamdullillah..akhirnya pencarian seorang tutor telah pun tamat..hehe..aku sekarang ini telah memulakan tugas sebagai part-time tutor di pusat tuisyen Intelek (Balakong) dan insyaAllah bermula 1hb Oktober ini, aku akan mula mengajar sebagai home-tutor di Putrajaya..Agak lumayan, namun itulah rezeki..aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki yang halal..jika sudah stabil,aku akan memohon supaya berada di dalam posisi 'normal hour' di TM..mungkin selepas ini akan memuatkan blog ini mata pelajaran PMR-SPM..

Sep 4, 2009

Terlalu Lama Menyepi

Pening kepala dibuatnyer...terlalu banyak cerita yang ingin diceriterakan...semuanya berlalu dibawa angin...masa berlalu,tidak akan berulang kembali...setiap detik,tiap tika,tiap kala..kukirakan masa berlalu dengan cukup pantas..apa tidaknya,blog ini pun aku jarang-jarang update...terlalu banyak aktiviti(atau aku kira aku yang malas menulis), aku tak berkelapangan untuk memutakhirkan blog aku...InsyAllah, aku cuba melapangkan diri ini untuk mencoret helaian blog ini...

Jun 27, 2009

Help Save Turtles with Just One Signature by WWF Malaysia

April 2nd, 2009 | Published in news

Petaling Jaya, 21st April 2009 – WWF-Malaysia today launched the “Egg=Life” campaign aimed at improving the protection of marine turtles in Malaysia.

The campaign, which will run from Earth Day 22nd April to 30th September 2009, targets to gain pledges from 40,000 members of the public. People who sign up in support of WWF-Malaysia’s “Egg=Life” campaign will pledge to:

support laws that will ban the sale and consumption of all turtle eggs throughout Malaysia
support the call for comprehensive and holistic Federal legislation to conserve marine turtles
never consume turtle eggs, or trade in turtles or their parts
Anyone can sign up to support the campaign and help our marine turtles at wwf.org.my. Organisations and colleges that would like to undertake signature drives in support of the campaign can contact WWF-Malaysia for educational materials and postage-paid hardcopy sign-up forms.

At today’s launch, WWF-Malaysia Executive Director/CEO Dato’ Dr Dionysius Sharma said, “Turtles play a critical role in keeping marine ecosystems healthy; the same ecosystems which sustain our fisheries and tourism industries that provide food and livelihoods for millions of people. Marine turtles are threatened with extinction due to various factors, including: the practice of consuming turtle eggs, becoming accidentally caught in fishing gear, poorly planned coastal development, marine and nesting beach pollution as well as illegal trade of turtles and their parts.”

He explained that leatherback turtles have already been declared functionally extinct in Malaysia. In the 1950s, there were 10,000 leatherback nests in Rantau Abang each year; now there are less than 10. Moreover, turtle protection laws are inadequate. Current Federal law on turtles are limited. Under the Federal Constitution, it is the states that have the authority to make laws on turtles. State laws vary from state to state and are simply inadequate.

Dato’ Dr Dionysius Sharma appealed to the public and said, “Comprehensive and holistic Federal laws, additional resources and heightened enforcement are needed to effectively protect our turtles. Each signature in support of WWF-Malaysia’s “Egg=Life” campaign will lend weight to efforts aimed at improving turtle protection legislation in Malaysia, and I hope that everyone will log on to wwf.org.my and help save turtles with just one signature.”

In Peninsular Malaysia, WWF-Malaysia works with partners including the Department of Fisheries Malaysia to conserve turtles at key nesting rookeries including Kem Terendak, Pulau Upeh and Padang Kemunting beaches in Melaka as well as Ma’Daerah and Setiu beaches in Terengganu. Melaka’s beaches are home to the peninsula’s largest population of hawksbill turtles – with 20 to 30% of the state’s total nestings occurring on the 120 meter strip of beach in Pulau Upeh, the densest nesting beach in Melaka – while a significant population of green turtles nests on Terengganu’s beaches. These nesting beaches must be protected from pollution and development because they are critical to the survival of our marine turtles.